wazzup?
Follow











Insan begelar ayah.
Sunday, July 19, 2015 8:26 PM 0 Comment
Ayah. Lelaki yang paling win dalam hati ni. Entry yang menyambut hari-hari ayah.


Kalau soal jaga anak, soal faham anak semuanya win dekat mama. Tapi dalam sedar tak sedar masih ada isu yang menang dekat ayah. Jom kita refresh balik 11 perkara yang ayah lagi professional dari mama. yeah!

1. Main atau gurau kasar
 Gusti, lawan-lawan, dan lain-lain. Kanak-kanak memang suka main kasar, tapi kebanyakan ibu tak sanggup nak melayan karenah anak nak bergusti. Maka si ayah lah yang dijadikan sasaran. 

2.Ayah lebih rileks 
Ibu selalunya akan lebih kelam kabut bila anak-anak jatuh tegolek ada luka atau calar di badan, tapi ayah lebih relaks. Luka itulah yang mengajar si anak untuk jadi lebih kuat.

3. Tunggang Bahu
Jarang kita lihat si anak tunggang bahu si ibu. Bahu si ayah lebih selesa mungkin. Ayah juga lebih kuat dan gagah jadi tiada masalah untuk carry anak di bahu. Smart je si ayah ni bila bawak anak atas bahu. huhu

4. Main sembunyi-sembunyi 
Siapa lagi yang lebih hebat cari tempat sembunyi kalau bukan ayah? Serius. Ayah akan sembunyi di tempat-tempat yang paling unexpected. Jenuh si anak nak mencari. Si ayah ni memang adventurous!

5. Buat istana pasir tepi pantai
Haa yang ni memang win dekat ayah. Istana yang ayah buat mesti lagi cantik daripada yang kita buat. Padahal ayah buat pakai tangan, kita buat siap pakai penyodok pasir, bekas kecil, dan macam-macam lagi peralatan. Hebat betul ayah.

6. Adventure! 
Si ayah memang cukup cekap dalam hal ini. Bagi kanak-kanak, naik basikal pusing taman pun dah dianggap seperti satu pengembaraan. Jadi, dengan siapa lagi mereka mahu jadikan pengembaraan mereka lebih bermakna kalau bukan dengan si ayah? (Ayah juga yang ajar aku naik basikal)

7. Bersukan dan bersenam
Seiring dengan mengembara, si ayah juga lebih pandai handle si anak dalam bersukan. Ayah akan belikan kasut baru, jersi, dan bawa si anak ke padang, semata-mata untuk galakkan mereka melakukan aktiviti sihat.

8. Camping
Dah semestinya ayah ni lebih kental dan lasak. Senang cakap, apa-apa tentang camping memang kena bagi pada ayah. Lebih hebat kalau si ayah bawa anak-anak pergi berkhemah sendiri tanpa ibu. Percayalah, si ayah memang mampu.

9. Berenang dan bermain dalam kolam
Tunjuk saja kolam, laut, sungai atau taman tema air, jarang sekali kita lihat si ibu yang melayan karenah anak-anak dalam air. Selalunya si ayah adalah perenang yang lebih hebat. Mereka juga tidak akan putus asa mengajar anak terapung sampai berjaya.

10. Ayah lebih berani
Kalau anak-anak takut atau geli pada lipas, pergi saja pada ayah. Si ayah kadang-kadang akan ambil lipas itu dengan tangannya sendiri tanpa rasa gentar. Kalau si ibu mungkin akan menjerit sama-sama dengan si anak. (yelah siput babi pun mak aku menjerit)

11. Memasak.
Yang ni munkin tak semua tapi masih wujud. Urusan dapur dan memasak tak semestinya si ibu sahaja yang pandai. Kebanyakan ayah di luar sana sebenarnya lebih pakar dalam bidang masak-memasak berbanding si ibu. Betul tak?

Setuju kan? 
Source from says.com

OlderNewer