wazzup?
Follow











khutbah cinta?
Monday, July 27, 2015 2:20 AM 0 Comment
Assalam and Hi

"Saat bercinta lain, bertunang lain dan berkahwin pun lain" dimana situasi situasi ini takkan pernah sama. Kenapa tidak?


Saat kau bercinta, (situasi yang menjadi kegemaran iblis, nyum nyum) kau hanya berkongsi yang manis. Masani lah seronok buat janji janji hingus. Gaduh pun setakat merajuk nak pujuk pujuk kalau tak pujuk mengamuk (ladies). Pernah dengar satu quote ni "sepuluh tahun sekalipun, kita takkan pernah benar benar mengenali seseorang sebelum mengahwininya. Yang kita kenal hanyalah lakonan nya"

Saat bertunang pulak dikatakan darah manis. Banyak penyakit, banyak dugaan, banyak pantang larang, banyak jugak lah keinginan lain. Kau nampak tunang kau ni kecik besar kecik besar je, kadang kadang tak nampak pun. Yang nampak perempuan/lelaki lain. Beringat! sebab iblis suka menganggu hubungan yang menuju ke arah halal, dia ingin merosakkan hubungan yang terikat sebelum menjadi ikatan yang halal


Saat kau dah berkahwin ni lagi lah banyak dugaan besarnya. Lagi lagi yang perempuan. Konon konon perempuan lagi lemah so dia la yang selalu jadi mangsa. Yang nak beranak dia, yang nak kena hentam semua dia. Masani macam macam dugaan besar kau (perempuan) bakal hadapi. Tapi tak semua perkahwinan macamtu, ada yang manis nya, malah lebih banyak manis dari pahitnya. Tapi, rumahtangga mana yang tak dilanda taufan? Jangan salah sangka, perkahwinan ini manis kerana semuanya terikat halal. Tapi iblis kepala karat ni akan berusaha setiap hari untuk meruntuhkan hubungan yang diiktiraf disisi Allah. Semua sebab syaitanirojim tu kan?

Jadi disini ingin ditekankan, barangsiapa yang tengah bercinta sekarang (ceh ala ala khutbah pulek) jangan la terlalu berjanji, jangan terlalu berharap (especially ladies) jangan terlalu suka, jangan terlalu sepenuh hati. Sebab taktahu pun kalau pasangan yang sekarang tu betul betul dah diletakkan Allah dengan kau. Kalau ye, masih takut dia bukan lagi orang yang sama didalam rumahtangga nanti. Takut, maka selalulah berdoa semoga Allah pelihara orang yang baik, sayang dengan kita sekarang sampai bila bila. Bak janji Allah, nak yang baik, kena jadi yang baik.

Manakala yang tengah bertunang tu, kuatkan lah iman sesungguhnya syaitan takkan menjatuhkan pasangan mu kalau pasangan mu itu dari kalangan orang yang baik baik. Sebelum nak tengok orang lain tu, fikir fikir kan lah air muka ibu bapa yang bersusah payah menghadap menebal muka untuk mendapatkan apa yang anak anak mereka inginkan. tak penat ke nak start over benda yang sama dengan orang lain? You're once step more! Go for it! 

Yang sedang berumah tangga tu, takboleh cakap banyak la since aku pun tak berpengalaman, tapi jikalau berlaku darah tinggi, perselisihan, ingat lah satu perkara ini "disaat kita geram dan tak syok dengan pasangan kita (dimana kadang kadang munkin rasa begini) maka ingatlah, macamana kita mula mula inginkan dia, tergila gila kan dia, punya syok nak kawin dengan dia" Ingat, dalam jahat jahat mulut puaka dia sekalipun (mostly si isteri) masih ada kebaikan besar dia. Saling memaafkan dan peluk cium lah dia sebagai tanda sayang, cinta dan penghargaan. Sweet tak aku? Inilah yang dinamakan lumrah berpasangan. Dari peringkat perkenalan hinggalah ke perikatan

Aaaahaha apesal post aku kali ni berunsur khutbah cinta?

Lots of love, Hzrh.

OlderNewer