wazzup?
Follow











Apa kata anda tentang produk-produk kecantikan yang ada pada hari ini?
Friday, August 14, 2015 4:40 AM 0 Comment

Assalam and hi

Bismillahirohmanirohim

Post ini bukanlah dengan niat untuk menutup periuk nasi orang lain, hanya sekadar pengulasan dan pertanyaan tentang isu produk kecantikkan masa kini

Okay, secara jujurnya siapa yang tak PERNAH tergoda tengok testimoni produk-produk kecantikan dekat facebook insta dan lain lain? Tengok je gambar si pengguna yang "munkin" betul dah berkesan atau hanya sekadar filter gambar pun dah tergugat iman untuk turut mencuba kan?

Perempuan mana je yang taknak cantik ce bagitahu aku sikit. It takes everything to be beautiful. Habis duit untuk cantik pun tak apa asal dapat kepuasan tu. (ayat perempuan) Tapi nowdays, macam dah terlalu banyak pulak kan supplements kecantikan, skincare, jamu-jamu moden dan segala bendanya untuk jadi cantik jadi kurus jadi lansing? You named it, segala jenis collagen dari aurawhite hinggala aurablack. Seribu satu jenis supplement kulit dan juga segala jenis vitamin untuk badan boleh dapat hanya dengan Online buying! Gila kan zaman teknologi ni? 
Aku masuk Orked.co tu pun aku dah nak pitam tengok rack dia penuh dengan segala jenis beauty product. WOW! Lepas satu, satu lagi produk baru yang keluar. Dari tekad nak cuba consume brand ni, dah mula was was pulak nak cuba bila keluar pulak produk lain yang testimoninya lagi umph! 

Tapi... Bila fikir fikirkan balik.. Macam logik tak beauty product ni keluar sekaligus dalam masa yang sama, function yang sama tapi brand yang lain lain. Kalau diperhatikan, produk-produk ni nak bagi kulit putih gebu, bebas dari cela, merawat jerawat dan bla bla bla dan hampir semuanya function yang sama. Yang mana satu berkesan tapinya? Ah yang pentingnya selamat dong! 

Aku yang juga punya nafsu untuk cantik kadang kadang masih lagi waras untuk befikir dengan logiknya, logik ke satu produk ni dikeluarkan lepas ditesting oleh pengasas itu sendiri? (Pengasas pulak muda mudi remaja lagi) Fikir-fikirkan balik, kalau health produt dari Drugstore ni sekurang-kurangnya sudahpun melalui kajian bertahun tahun oleh pakar kulit, pakar saintis keluar masuk lab sebelum dikeluarkan?

Most product nowdays pun ada KKM. (katanya) tapi kalau dalam setahun berrrrmacam macam jenis produk keluar dalam satu masa. Sukar untuk membuat pilihan sekaligus tidak masuk akal lah. Takutnya kalau consume baik untuk kulit tapi di-effectnya pulak organ lain adehai tak ke haru. Yang lagi haghunyew kena keep consume ke macamana pun aku tak faham sebab most aku tanya semuanya bilang harus keep going consume jangan berhenti. Tapi kalau berhenti? Isit gonna back to normal? Or lagi teruk jadinya? Someone yang ada experience pls answer me.

Munkin akan ada sesetengah pengguna yang akan cakap "ish berkesan la, betul" ya munkin betul alhamdulillah berkesan, tapi sebelum terlalu yakin, fikir long-term effect. Munkin sekarang hasil memuaskan tapi hasil untuk 10 tahun akan datang. Logiknya, any drug or supplement akan ada long term effect. Lagipulak, jamu-jamu moden nowdays just got popular these few years back. Baru lagi untuk memastikan apa ia betul betul selamat. Lagi-lagi bagi ibu mengandung, ibu yang menyusu. 

Since ada testimoni collagen yang berumur 18-19 tahun dah mula consume collagen ni, are you really sure this teen age dah perlukan collagen? Aku pun tak tahu tapi ikut akal logik agak agak lah kan nak repair apa je semua tegang tegang lagi. Siapa yang tahu sila tampil bagi keterangan.

Untuk kulit yes but i dont think it need that too much extra colly unless for vitamin. Vitamin sure need by every complexion. Thats a must! 

So disebabkan aku tak tahu menahu pasal beauty supplement ni, aku mintak anyone yang berpengalaman, atau pakar kulit itu sendiri menjawab segala pertanyaan. (pakar kulit ye, bukan agen jual produk. Kerana mereka tidak selalunya betul) Betul bagi laris produk je. 

Konklusinya anak anak, you may consume any beauty product that you'd like. Tapi i suggest better lah tanya dermatologist or any skin expert before you start consuming. Hokey?


Older